Naib Presiden Peru, Dina Boluarte diangkat menjadi Presiden wanita pertama Peru selepas pergolakan politik penuh dramatik yang menyaksikan penyandang jawatan itu ditahan pihak berkuasa.<br /><br />Boluarte, 60, yang juga seorang peguam telah mengangkat sumpah jawatan tertinggi di kongres untuk menjadi Presiden keenam peru dalam tempoh lima tahun.
